Unit Komunikasi Korporat UiTM Kampus Seremban

Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah ditubuhkan pada April 2014. Unit ini berada di bawah Pejabat Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Di samping itu, Unit Komunikasi Korporat juga berperanan mempromosikan imej dan reputasi UiTM Negeri Sembilan melalui komunikasi strategik di antara IPTA, IPTS, kerajaan Negeri Sembilan dan medium lain seperti media percetakan dan elektronik selain daripada program universiti.

OBJEKTIF

Sebagai salah sebuah unit yang penting dalam sistem pengurusan Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Kampus Seremban, Unit Komunikasi Korporat menitikberatkan:-

Meningkatkan dan menjaga imej korporat UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.Menyelaraskan aktiviti perhubungan korporat di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban.Menyalurkan aduan dan maklumbalas pelajar, staf dan pihak luar yang berkaitan dengan kemudahan serta perkhidmatan UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban kepada pihak pengurusan.Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat Universiti seragam dan selaras dengan dasar korporat.Memastikan dasar dan maklumat berkaitan Universiti dihebahkan dan difahami warga Universiti serta masyarakat luar.